Monday, March 30, 2009

Penggembaraan ke Gurney Plaza

Pada 22 mac 2009, kami sekelas, Dr Radiah dan Cik Helina telah menggembara ke Gurney Plaza. awal pagi itu, saya, Siew Foong dan Siew kin telah keluar awal dari masa yang ditetapkan kerana kami hendak membeli sarapan pagi untuk dijadikan bekal. Selepas itu kami semua berkumpul di "guard house", di sana kami juga telah berkenalan dengan Cik Helina yang berasal daripada Korea yang bertugas sebagai pensyarah di Pusat Bahasa USM. Apabila semua orang telah tiba kami pun bermulalah penggembaraan kami.

Kami menaiki bus ke Komtar kemudian kami menaiki bus percuma menggeliling Penang. Sepanjang perjalanan itu kami diminta memerhati sekeliling seperti penggunaan bahasa pada papan tanda, iklan, dan bahasa yang digunakan oleh orang di sekeliling kami. Destinasi pertama kami ialah Fort Cornwallis. Sepanjang berjalan ke arah Fort Cornwallis, kami mendapati bahawa terdapat kesalahan penggunaan arfiks "di-" dan preposisi "di" pada papan tanda atau iklan. Kesalahannya ialah dalam papan tanda atau iklan penggunaan arfiks dan preposisi itu telah diterbalikkan iaitu seharusnya arfiks "di-" harus dirapatkan dengan kata dasar dan preposisi "di" seharusnya di pisahkan dengan kata dasar. Contohnya, "disebelah - di sebelah", "Di Larang - dilarang" dan "dikalangan - di kalangan".

Setelah tiba di Gurney, kami pergi ke "food court" untuk mengisi perut kami yang begitu lapar. Semasa menjamu selera kami juga memerhatikan papan tanda kedai-kedai yang ada di "food court". Kami mendapati terjemahan yang ditulis pada papan tanda kedai-kedai itu adalah tidak beberapa betul terjemahannya. Misalnya, papan tanda salah sebuah kedai iaitu, "Nasi Lemak dan Mee Goreng’ telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin sebagai 椰浆饭及印度炒面 ‘ye jiang fan ji ying du chao mian’. Apabila ditulis dalam bahasa Melayu, perkataan "Indian" yang wujud dalam terjemahan bahasa Mandarin tidak wujud dalam terjemahan bahasa Melayu.

Selain itu, kami juga terjumpa kesalahan terjemahan semasa berjalan ke "Fort Cornwallis" iaitu "masuk - way in". Terjemahan "way in" adalah tidak sesuai dengan perkataan "masuk" seharusnya diterjemah sebagai "enter". Semasa di kompleks Gurney kami diminta menanya kepada para penjual sesuatu kemudian memerhatikan bahasa sama ada berbal atau bukan verbal yang telah digunakan untuk membual dengan kami. Saya mendapati apabila wujud dua bangsa yang sedang mendengar seorang penjual mempromosi barangannya, penjual tersebut akan lebih mengutamakan pelanggan yang datang terlebih dahulu tetapi dia juga akan memberi tumpuan kepada pelangan yang lain dengan perhatian yang kurang. Semasa mempromosi barangan mereka, mereka telah menggunakan bahasa yang sopan dan halus. Hal ini mungkin kerana mereka ingin mendapat kesan yang baik daripada pelanggan.

Di samping, kami juga cuba berbahasa Melayu dengan penjual yang berbangsa Cina. Misalnya, kami telah berjalan ke sebuh gerai yang menjual barang kecantikan. Ivy telah menggunakan bahasa Melayu untuk bertanya soalan kepada penjual tersebut, penjual itu berasa hairan dan di selalu memerhatikan muka kami, seolah-olah tidak percaya yang kami tidak pandai berbahasa Mandarin. Bahasa yang digunakan oleh penjual itu agak sopan tetapi apabila kami berbahasa Melayu dengannya dia tidak berapa ingin melayan kami. Dia hanya menjawab soalan kami sambil lewa sahaja.

Penggembaraan ini agak meletihkan saya. Hal ini kerana saya sudah sekian lama tidak pergi membeli-belah dan berjalan sebegitu lama dalam satu hari. Namu begitu, penggembaraan ini juga telah memberi manfaat kepada saya. Penggembaraan ini membolehkan saya membuat perbandingan ke atas bahasa yang digunakan oleh golongan yang berbeza. Selain itu, saya juga boleh mendapati bahawa iklan yang dipaparkan di tepi jalan juga akan wujudnya kesilapan penulisan. Hal ini bermakna masyarakat kini kurang prihatin terhadap bahasa yang digunakan, mereka hanya pentingkan maksud yang hendak disamapaikan iaitu asalkan "messange" mereka diketahu oleh orang ramai.

Kesimpulannya, penggembaraan ini amat bermakna dan menyeronokan walaupun pada hari itu saya telah keletihan.


Nor Fadilah, 15
Nurul Hana, 19
Wong Siet Li, 29

Friday, February 6, 2009

HMT329:Sebutan 'Gong Xi Fai Cai'








恭 喜 发 财
Gong Xi Fai Cai
Gong Hei Fat Chou
Kiong He Huat Cai




Thursday, February 5, 2009

HMT329:Konsep "milik/punya"

Pendahuluan
Tugasan ini akan membincangkan mengenai konsep “milik/punya” yang terdapat dalam sesuatu dialek. Dialek-dialek yang terlibat dalam tugasan ini adalah dialek Hokkien, Mandarin, Bahasa Melayu Standard dan dialek Johor. Tujuan tugasan ini adalah untuk membandingkan penggunaan konsep “milik/punya” dalam keempat-empat dialek tersebut.

Analisis

Berdasarkan data di atas, kami mendapati bahawa terdapat perbezaan dan persamaan dalam penggunaan konsep “milik/punya” dalam dialek yang dikaji. Ayat 1 di atas menunjukkan persamaan penggunaan konsep “milik/punya” dalam dialek yang dikaji. Di mana leksikal ‘kepunyaan’ dalam ayat 1 bahasa melayu standard masih dikekalkan penggunaanya apabila penutur-penutur dialek tersebut mengujarkannya. Konsep ‘kepunyaan’ boleh digantikan dengan ‘orang punya’, ‘de’ dan ‘ai’ dalam dialek-dialek di atas yang ditunjukkan dalam tulisan warna merah.
Manakala unsur perbezaan dapat dilihat dalam ayat 2,3 dan 4. Dalam bahasa Melayu standard dan dialek Johor, penggunaan konsep milik boleh digugurkan tetapi maksudnya masih tidak berubah. Namun begitu, penggunaan konsep “milik/punya” dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien perlu digunakan untuk menunjukkan konsep milik tersebut. Hal ini kerana sekiranya konsep milik itu tidak dinyatakan semasa mengujarkan sesuatu ayat, makna ayat tersebut akan berbeza atau tidak mempunyai makna.
Selain daripada itu, berlakunya perbezaan dari segi hukum D-M dalam bahasa Melayu Standard. Di mana, unsur yang menerang mendahului unsur yang diterangkan dalam bahasa Mandarin dan dialek Hokkien dalam keempat-empat ayat di atas.

Kesimpulan
Kesimpulannya, setelah kami melakukan perbandingan, kami mendapati bahawa wujudnya unsur persamaan dan perbezaan penggunaan konsep “milik/punya’ dalam dialek yang dikaji.



Ahli Kumpulan
Nur Liyana Kamarudin, 16
Wong Siet Li, 29

Wednesday, February 4, 2009

HMT329: Lagu untukmu

Lagu Untukmu
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza

Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Pada pendapat saya, lagu ini mengisahkan kekecewaan penulis lirik lagu terhadap cinta. Beliau tidak tahan dengan sikap kekasihnya yang berbeza-beza. Dari aspek konstrastif, lagu ini menceritakan dua individu yang berbeza dari segi sikap mereka iaitu penglirik merupakan serang yang teguh dengan pendiriannya dan tidak mudah berubah tetapi kekasihnya ialah individu yang sentiasa berubah sikapnya.

Sunday, January 18, 2009

HMT 329: Perbandingan makna perkataan dari aspek analisis kontrastif semantik

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Tajuk : Perbandingan hubungan perkataan dengan makna 'beliau/dia/nya atau 'ta' dalam berita Bernama Bahasa Mandarin (华人新年期间《态度行动19》由1月19日展开至2月2日结束 dan马华欢迎政府降低电费与民共赴时艰) dan berita Bernama Bahasa Melayu (Ops Sikap Tahun Baru Cina Mulai 19 Januari dan MCA Sambut Baik Langkah Kaji Semula Tarif) dari aspek sinonim dalam analisis semantik.

Pendahuluan
Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk Berita 1 dan Berita 2 dari aspek Kata Ganti Nama iaitu ’beliau/dia/nya’ atau ’ta,他’ dalam bahasa Mandarin dari segi Sinonim intrabahasa dan interbahasa.

Perbandingan dalam bahasa Mandarin sendiri merupakan intrabahasa manakala data yang membandingkan bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu merupakan interbahasa. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sama ada sesuatu perkataan mempunyai makna yang sama dalam bahasa yang berlainan.

Kaedah
Kami mendapatkan korpus data berita Mandarin dan berita Melayu dari laman web Bernama (http://mandarin.bernama.com/v2/newslist_detail.php?id=38390,http://mandarin.bernama.com/v2/newslist_detail.php?id=38402). Selain itu, kami juga menggunakan kaedah TextSTAT . Sebelum kami memasukkan data bahasa Mandarin ke dalam TextSTAT, kami terpaksa menterjemahkan berita Mandarin ke dalam ‘han_yu_pin_yin’ kerana dokumen textSTAT tidak dapat menerima kata Mandarin. Selepas itu, kami mengeksport bentuk kata dalam Microsoft Excel untuk mendapatkan frekuensi setiap perkataan yang terdapat dalam kedua-dua berita tersebut. Di samping itu, kami juga menggunakan laman web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan makna perkataan yang dikaji.

Dapatan dan Analisis
Kami mengkaji Berita 1 dan Berita 2 dari aspek Kata Ganti Nama dari segi Sinonim. Sinonim ialah hubungan yang memperlihatkan persamaan indentikal atau persamaan hampiran (wikipedia, 17 Jan 2009). Pernyataan ini juga disokong oleh beberapa tokoh seperti F.R.Palmer, dan S.Nathesan.

Menurut F.R.Palmer dalam buku Semantik, sinonim ialah set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain (1989:97). S.Nathesan mengatakan bahawa sinonim pada umumnya difahami sebagai kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dengan kata lain (2001:3).

Berdasarkan analisis data yang dikaji, kami mendapati bahawa kata ‘ta,他’ yang muncul dalam Berita Mandarin akan menjadi Kata Ganti Nama iaitu ’beliau atau nya’ dalam Berita Melayu. Menurut kamus bahasa Mandarin kata ‘ta,他’ bermaksud orang ketiga atau orang lain. Penggunaan kata ganti nama ini tidak bergantung kepada konteks. Hal ini bermakna penggunaan kata ‘ta,他’ tidak mengambil status orang yang dirujuk dan kata ganti ini digunakan dalam semua peringkat masyarakat. Berdasarkan kedua-dua Berita Mandarin, membuktikan bahawa penggunaan kata ganti nama ‘ta,他’ boleh digunakan untuk merujuk kepada orang yang berstatus tinggi seperti Datuk. Hal ini berbeza dalam Berita Melayu yang mementingkan konteks penggunaan sesuatu perkataan. Sebagai contonhnya, kata ganti nama ‘ta,他’ dalam bahasa Mandarin apabila dilihat dalam Berita Melayu akan menggunakan kata ganti nama orang ketiga iaitu ’beliau dan nya’. Walau bagaimanapun, kata ganti nama dalam kedua-dua bahasa itu sebenarnya merujuk kepada orang yang sama. Tetapi kata ganti nama beliau merujuk kepada orang yang berstatus tinggi dan dihormati iaitu sama maksud dengan ‘ta,他’ dalam bahasa Madarin.

Penutup
Kesimpulanya, kami mendapati bahawa walaupun perkataan kata ganti nama dikaji dua bentuk bahasa yang berbeza, namun makna yang hendak disampaikan adalah sama. Selain itu, kami juga mendapati bahawa dalam bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama bergantung kepada konteks iaitu kata ganti nama yang digunakan harus merujuk kepada status orang yang dirujuk. Namum, hal ini tidak berlaku dalam bahasa Mandarin.

Rujukan buku
R.F Palmer. 1989. Semantik (Penterjemah:Abdullah Hassan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
S. Nathesan. 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Rujukan laman web
Dewan Bahasa dan Pustaka. 17 jan 2009. http://prpm.dbp.gov.my/
Wikipedia. 14 jan 2009. synoym. http://en.wikipedia.org/wiki/synoym%5b17 jan 2009]


Liew Siew Foong, 8
Wong Siet Li, 29

Wednesday, January 14, 2009

HMT329:Sebab-sebab Tidak Mengenali Yasser Arafat

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Ahli kumpulan:
No. 12 - Mohd Khusairi Khadzaai
No. 29 - Siet Li
No. 8 - Siew Foong (Tidak Mengenali Yasser Arafat)

Soalan :
Kenapakah anda tidak mengenali individu yang bernama Yasser Arafat?

Jawapan:Antara sebab-sebab Siew Foong ialah :
1) Tidak pernah mendengar nama Yasser Arafat.
2) Tiada individu lain memberitahunya tentang Yasser Arafat.
3) Tidak peka dengan isu semasa.
4) Tidak berminat dengan hal ehwal luar negara.

Soalan :
Kenapa berlaku masalah tersebut?

Jawapan :
Siew Foong lebih gemar menonton drama atau filem Hongkong berbanding menonton warta berita. Selain itu, apabila membaca surat khabar beliau hanya membaca pada bahagian hiburan sahaja.

Tuesday, January 13, 2009

HMT329:Analisis Kontrastif Yasser Arafat

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Analisis konstrastif Yassier Arafat :(Bersama Kelas)

1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)
2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)
3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)
4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)
5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam
bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)
6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)
7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)
8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)
9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)
10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)
11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)
12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)
13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)
14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)
16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)
17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)
18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)
19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)
20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)
21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9)
22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)

Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?
1) Carian di internet
2) Mengarang esei
3) Menjalankan soal selidik

Monday, January 12, 2009

HMT329: Soal selidik tentang Yasser Arafat

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Berdasarkan empat orang kawan saya, cuma seorang sahaja yang kenal Yasser Arafat dan yang lain langsung tidak kenal Yasser Arafat. Kawan yang mengetahui Yasser Arafat menyatakan bahawa beliau mengetahui Yasser Arafat merupakan seorang Presiden kepada negara Palestin dan beliau kenal Yasser Arafat melalui laman web. Di samping itu, tiga orang kawan yang lain tidak mengenali Yasser Arafat kerana mereka jarang melihat suratkhabar.

HMT329: NorKhiriah



http://farm3.static.flickr.com/2382/2145311101_3c48afb1b5_o.jpg

HMT329: Drama Hong Kong "Forensic Heroes II"



Description:
Every contact leaves a traceEvery clue serves as a silent witness against crime
Bomb disposal expert Yeung Yat Sing (Kevin Cheng Ka Wing) returns from England to visit relatives and he comes across a grenade case by accident. With his tactful and level-headed approach, Sing is highly appraised by Senior Chemist Ko Yin Pok (Bobby Au-Yeung Chun Wah) and is being invited to join the Forensic Division. In a little while, Sing becomes the division’s rising star. By work, Sing gets back in touch with his long-lost best friend Koo Chak Sam (Frankie Lam Man Lung). Sam serves as a forensic writer and he is going to get married soon.
Accidentally, Sum’s fiancée Lam Ding Ding (Linda Chung Ka Yan) is killed in an explosion and Pok’s police girlfriend Leung Siu Yau (Yoyo Mung Ka Wai) also loses the ability of holding a gun in the incident. Yau’s duties are passed to Ma Kwok Ying (Charmaine Sheh Sze Man) from the Narcotics Bureau. Both Sam and Sing find Ying extremely charming with her smart and unfathomable characteristics in case handling.
Integrating laboratory techniques, logical reasoning, and forensic knowledge, the trio strive to fight against crimes tremendously. As they get to know each other more and more, the entangled triangle of love also starts to hinder their working relationships…

HMT329:Faizal Tahir-Gemuruh

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/


Faizal Tahir - Gemuruh (Lagu Tema MyStarz LG)

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


http://akademifantasia.blogmas.com/2007/08/05/faizal-tahir-gemuruh-lagu-tema-mystarz-lg/#more-227


Friday, January 9, 2009

HMT329: Analisis Konstrastif, Palestin VS Israel

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Kelas hari juga seperti biasa, masih bermula pada pukul 8 pagi. Hari ini, Dr Radiah telah memberikan penerangan yang lebih lanjut tentang analisis konstruktif. Analisis kontruktif adalah unsure yang perlu kita membandingkan dua unsur dalam sesuatu perkara. Contohnya, kita membandingkan unsur X dan unsur Y. Seterusnya, kita membandingkan sesuatu perkara samaada mempunyai persamaan atau perbezaan. Unsur X dan unsur Y hanya sebagai lambang sahaja.

Contohnya, solan 1.

Apakah maksud tentang Palestin?
Jawapan pelajar HMT329:
no.13. Negara yang sedang dijajah
no.15. sebuah Negara Islam
no.17. Negara yang selalu kena bom
no.23. Negara yang tidak stabil
no.25. rakyat yang ditindas
no.27. rakyat yang hidup dalam derita
no.29 banyak rakyat yang terkorban

Soalan 2:

Apakah maksud tentang Israel?
Jawapan pelajar HMT329:
2. sebuah Negara Kristian
4. kejam, menindas, membunuh
6. sebuah Negara yang tidak bercampur dengan politik
10. sebuah Negara yang mempunyai pemimpin yang kejam.
8. sesebuah peperangan yang mempunyai rakyat terkorban.
14. Negara yang mempunyai pemimpin yang berkomunikasi.

Bedasarkan maklumat daripada soalan 1 dan soalan 2, kita dikehendaki membuat perbandingan dari segi persamaan dan perbezaannya. Berdasarkan jawapan yang kita berikan, mereka mempunyai pendapat atau pandangan yang berlainan mengenai ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara Palestin dan Israel. Antara jawapan yang diberi adalah seperti berikut:

No.28. Negara Israel lebih kuat.
No.24. Israel negara yang menindas, Palestin negara yang menindas.
No.9. Mempunyai agama yang berlainan. ( sukarela )
No.15. Israel ialah negara yang lebih kuat berbanding dengan palestin.
No.12. Wujud konflik politik antara kedua-dua negara.
No.8. Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan.
Walau bagaimanapun, Dr. Radiah menyuruh kita mencari ungkapan yang sahih dan salah berdasarkan data yang dicari. Kami membuktikan kesahihanya dengan menggunakan Wikipedia, Berita Harian online, dan utusan online. Kemudian, kami pun memberi pendapat masing-masing, antaranya ialah

No.22, 7, 5. Mendapatkan bukti melalui Wikipedia bahawa ciri-ciri yang diberikan oleh
no.25 dan no.4 adalah betul, iaitu mengesahkan Israel dan Palestin berkonflik.
No.6 dan no.11. Membuktikan bahawa rakyat Israel tidak semestinya beragama Kristian
tetapi juga menganut agama yang berlainan.
No.10 dan no.26. Berdasarkan no.12, mereka membuktikan bahawa sememangnya
terdapat konflik antara kedua-dua negara ( dipetik daripada Wikipedia yang bertajuk “Konflik Israel Palestin )
No.27, no.29 dan no.8. Berdasarkan no.27, mereka membuktikan bahawa rakyat memang hidup dalam derita. ( dipetik daripada Utusan Malaysia online )

Jong Hui Ying, 91123
Lim Siew Suan,89696
Toh Wui Haur, 89798
Liew Siew Foong,89693
Wong Siet Li,89802
Koh Siew Kin,89687

Thursday, January 8, 2009

HMT329:Pengajaran dan Pembelajaran Hari ini

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Kuliah hari ini, kami telah belajar mengenai tiga faktor yang menentutkan aturan kata, iaitu
i. keseringan <>frequency
- berapa subjek, kata kerja dan objek yang wujud.
ii. ketertandaan<>markedness
-bertanda atau tidak bertanda
-bertanda-perkataan yang jarang digunakan, seperti ayat pasif yang jarang
digunakan dalam penulisan
-tidak bertanda- perkataaan yang sering digunakan, seperti ayat aktif.
iii. keneutralan konteks secara pragmatik
-jika keterangan ayat berada dihadapan, maka keterangan ini akan dipanggil sebagai konteks.
oleh itu keterangan yang dikenali sebagai konteks ini akan diabaikan .
-cth, petikan dalam artikel Israel Gempur Gaza:
1.Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas
mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
Perkataan yang bertanda merah merupakan keterangan bagi ayat tersebut, maka
keterangan itu akan diabaikan mengikut faktor keneutralan konteks secara
pragmatik.

Selain itu, kami juga telah belajar mengenai anafora dan katafora. Anafora ialah kata yang mempunyai hubungan dengan atecedent yang berada di depan anafora, contoh:
1. Buku ini diterbitkan dalam tahun 1983. Kandungan buku tersebut mengandungi 9 bab.
2. Serangan angin Ahmur boleh berpunca daripada darah tinggi . Kesan penyakit ini
menjejaskan kehidupan individu.
Perkataan yang berwarna merah merupakan atecedent bagi anafora bagi perkataan yang berwarna hijau. Atecedent merupakan ungkapan asal anafora.

Manakala katafora pula merupakan perkataan atau benda yang terpaksa merujuk sesuatu ke depan atau ke belakang. Dalam erti kata lain, katafora boleh juga dikenalpasti dalam bentuk kata ganti nama. Contoh ayat yang diberi oleh Dr Radiah dalam kuliah adalah seperti berikut:
1. Selepas dia beranak, Hakim mandul.
Dalam ayat di atas, perkatan 'dia' yang berwarna merah merupakan katafora dan perkataan
'Hakim' yang berwarna hijau merupakan postcedent atau pacacedent. Contoh lain seperti:
2. Selepas semuanya dicuci, buah tomata dimasukkan ke dalam plastik untuk disimpan ke
dalam peti sejuk.
Perkataan '-nya' yang berwarna merah merupakan katafora kerana merupakan kata ganti
nama dan perkataan buah tomato merupakan postcedent atau pacacedent.

Di samping itu, Dr. Radiah juga telah mengajar kami cara customize blog. Saya tidak pernah menulis blog dan ini merupakan kali pertama saya menulis blog.

HMT329:Gloss, Bahasa dialek<>Bahasa Melayu Baku

Bahasa Hokkien<>Bahasa Melayu Baku
1. Anjing yang berwarna putih itu sungguh garang.
Hi jiak pek se ei kao jin pai
Itu ekor putih warna punya anjing sungguh garang

2. Kenapa begitu lewat kamu belum balik lagi?
Ca me lu nang ai nei wuai kok aiboi tui kok
Kenapa kamu orang begitu lewat lagi belum balik lagi

3. Saya ingin beli sekotak coklat.
Wa ai be ji up coklat
Saya ingin beli satu kotak coklat

4. Malam ini dia ingin menonton wayang tetapi dia kerja malam.
Ki mei yi ai ki kuang hi tapi yi zuo mei kang
Ini malam dia mahu pergi tengok wayang tetapi dia buat malam kerja

5. Meraka sangat gembira kerana kuliah hari ini dibatalkan.
Yinang jin huanghi yinwei kinji ai ke quxiao
Mereka sangat gembira kerana hari punya kuliah dibatalkan.

6. Mei Ling ialah kawan baik nenek.
Mei Ling si ahma ai ho pengyou
Mei Ling ialah nenek punya baik kawan

7. Tahun ini kami beraya di kuching tetapi kami mungkin akan balik pada hari kedua.
Kini kuihni wonang kin kuching kuihni tapi teji ji koleng wanang wu tui
Ini tahun baru kami di Kuching raya tetapi kedua hari mungkin kami ada balik

8. Malalm ini saya ada kuliah oleh itu saya tidak dapat pergi rumah kamu.
Wa kimei wu shangke suoyi wa betang ki lu
Saya malam ini ada kuliah oleh itu saya tidak dapat pergi kamu ai chupunya rumah

9. Saya suka makan buah durian
Wa sukak jiak liulian
Saya suka makan durian

10. Hujung minggu ini kami hendak pergi ke pantai berkelah.
Zhele zhoumo wanang ai ki haipi yechang
Ini hujung minggu kami hendak pergi pantai berkelah

Tuesday, September 18, 2007

LIFE


The future is unknows
It just time that comes, and then go
It is time that has to come
No matter how it is said and done.


When we think of tomorrow
We wonder if it'll be joyfully or sadly
No one can tell, no one can say
For it is something no one ever knows.


Though the future is not far from the past
Since years go and very fast
It should not matter what tomoro will be
For it is only today we can see......