Thursday, January 8, 2009

HMT329:Pengajaran dan Pembelajaran Hari ini

http://hbt2130809syntax.blogspot.com/

Kuliah hari ini, kami telah belajar mengenai tiga faktor yang menentutkan aturan kata, iaitu
i. keseringan <>frequency
- berapa subjek, kata kerja dan objek yang wujud.
ii. ketertandaan<>markedness
-bertanda atau tidak bertanda
-bertanda-perkataan yang jarang digunakan, seperti ayat pasif yang jarang
digunakan dalam penulisan
-tidak bertanda- perkataaan yang sering digunakan, seperti ayat aktif.
iii. keneutralan konteks secara pragmatik
-jika keterangan ayat berada dihadapan, maka keterangan ini akan dipanggil sebagai konteks.
oleh itu keterangan yang dikenali sebagai konteks ini akan diabaikan .
-cth, petikan dalam artikel Israel Gempur Gaza:
1.Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas
mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
Perkataan yang bertanda merah merupakan keterangan bagi ayat tersebut, maka
keterangan itu akan diabaikan mengikut faktor keneutralan konteks secara
pragmatik.

Selain itu, kami juga telah belajar mengenai anafora dan katafora. Anafora ialah kata yang mempunyai hubungan dengan atecedent yang berada di depan anafora, contoh:
1. Buku ini diterbitkan dalam tahun 1983. Kandungan buku tersebut mengandungi 9 bab.
2. Serangan angin Ahmur boleh berpunca daripada darah tinggi . Kesan penyakit ini
menjejaskan kehidupan individu.
Perkataan yang berwarna merah merupakan atecedent bagi anafora bagi perkataan yang berwarna hijau. Atecedent merupakan ungkapan asal anafora.

Manakala katafora pula merupakan perkataan atau benda yang terpaksa merujuk sesuatu ke depan atau ke belakang. Dalam erti kata lain, katafora boleh juga dikenalpasti dalam bentuk kata ganti nama. Contoh ayat yang diberi oleh Dr Radiah dalam kuliah adalah seperti berikut:
1. Selepas dia beranak, Hakim mandul.
Dalam ayat di atas, perkatan 'dia' yang berwarna merah merupakan katafora dan perkataan
'Hakim' yang berwarna hijau merupakan postcedent atau pacacedent. Contoh lain seperti:
2. Selepas semuanya dicuci, buah tomata dimasukkan ke dalam plastik untuk disimpan ke
dalam peti sejuk.
Perkataan '-nya' yang berwarna merah merupakan katafora kerana merupakan kata ganti
nama dan perkataan buah tomato merupakan postcedent atau pacacedent.

Di samping itu, Dr. Radiah juga telah mengajar kami cara customize blog. Saya tidak pernah menulis blog dan ini merupakan kali pertama saya menulis blog.

1 comment:

26. Siti Zaliha said...

Terima kasih siet Li kerana mengepos nota ini. Sangat berguna. halalkan saya meng"copy" dan menge"paste"kannya dalam komputer saya sebagai simpanan peribadi. =).